Pengenalan ” Super Mid Brain Programme”

          Real Minds dengan rasa besar hati memperkenalkan satu program unik yang diberi nama 'Super Mid Brain Programme'  untuk melahirkan individu pelajar LUAR BIASA untuk mengharungi kehidupan yang mencabar.. Program seperti ini telah lama di praktikkan di luar negara seperti di Jepun, Germany, China, Hong Kong, India, USA dan  lain-lain negara.


Prof Dr Mumazaini Bin Misri
(Pakar Perubatan Homeopathy)
Penasihat Program Super Mid Brain
[Lihat Biodata]

KLIK untuk lihat video kemahiran peserta apabila otak tengahnya berjaya diaktifkan.


1. Apa itu mid brain (otak tengah) ?

..........Otak tengah manusia adalah bahagian kecil yang mengawal banyak fungsi penting seperti fungsi penglihatan, pendengaran dan pergerakan mata. Bahagian dari otak tengah iaitu red nucleus dan sustansia nigra terlibat dalam pengawalan gerakan tubuh badan.

..........Otak ini mempunyai lebih 300 juta saraf. Pada tahap usia tertentu otak tengah AKAN TERUS TIDUR sekiranya ia TIDAK DIAKTIFKAN. Otak tengah agak mudah diaktifkan untuk individu berusia 6 hingga 17 tahun.

..........Setelah otak tengah diaktifkan, otak tengah akan mengeluarkan gelombang otak yang sangat sensitif. Gelombang otak ini mampu bertindak balas dengan setiap benda di luar kerana setiap benda memiliki gelombang tenaganya masing-masing.

Otak Tengah (Mid Brain)

2. Adakah unsur jin digunakan dalam program ini ?

          Tidak. Program ini adalah bersifat teknikal. Sememangnya ramai di antara kita yang tidak mengetahui kaedahnya. Sudah banyak kali persolalan ini diutarakan oleh banyak pihak dan ternyata setelah dibuat semakan ‘scan’ oleh mereka yang arif tentang jin dan saka perkara ini bebas daripada semua itu.

Berikut adalah pengakuan pengamal perubatan islam yang pernah menjadi peserta program ini:-


Ustaz Wan Mohd Yusli Bin Wan Ibrahim
- Pengamal Perubatan Islam Daerah Pontian.
- Guru Pendidikan Islam SMK Dato' Ali Hj Ahmad, Pontian, Johor.
- B.A (Hons) Bahasa Arab Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
- Telefon: 013 751 1520

          "Selain menjadi guru subjek Pendidkkan Islam di SMK Dato Ali, Pontian, saya adalah seorang pengamal Perubatan Islam. Saya dijemput hadir sebagai peserta dan pemerhati program Pengaktifan Otak Tengah yang dikendalikan oleh Syarikat Real Minds di Malaysia dan Supersonik Minds di Singapura di bawah ketua jurulatihnya En Amran Bin Rahmat.

          Setelah sessi tamat, saya dapati tiada apa yang meragukan atau perkara yang boleh menjadi punca rasukkan jin. Segalanya saya lihat hanyalah bersifat teknikal semata-mata. Bahkan di sepanjang program ini banyak aktiviti pendidikan agama dan puji-pujian kepada Allah s.w.t.

          Maka bolehlah saya katakan syarikat ini mengadakan Program Pengaktifan Otak Tengah secara islam kerana saya mendapat tahu, orang hindu dan buddha juga mengadakan program seperti ini."

 

3. Adakah setelah diaktifkan otak tengahnya pelajar hanya sekadar pandai melihat warna dan tulisan.

..........Seandainya anak kita hanya mampu melihat warna dan nombor/ tulisan tanpa menggunakan mata biasa… itupun sudah sangat bermakna kerana kini… anak kita telah memiliki mata ketiga. Tetapi… ia bukan sekadar itu ia boleh dikembangkan kepada kemahiran lain seperti

i) Mengesan maklumat dalam buku. (Quantum Reading)
ii) Mencari barang hilang.
iii) Mengesan tentang keberadaan seseorang dalam sesuatu tempat.

ANTARA KEBAIKAN OTAK TENGAH DIAKTIFKAN.

Penguasaan Kemahiran:
Tahap 1 - Warna
Tahap 2 - Nombor
Tahap 3 - membaca / Mewarna
Real Minds Islamic SuperMidBrain

Manfaat dan Kegunaan apabila mampu menguasai kemahiran tahap 1-3:
Seandainya Allah uji buta mata akibat kemalangan...
InsyaAllah dia masih boleh melihat seperti orang normal.
Pengaktifan Otak Tengah

 

Penguasaan Kemahiran:
Tahap 4 - Scan gambar.
(Peserta mampu mengenal gambar walaupun gambar itu hanya diletakkan di tapak tangan)

Manfaat dan Kegunaan apabila mampu menguasai kemahiran tahap 4:
Seandainya peserta bekerja seperti doktor, InsyaAllah dia mampu mengesan penyakit pesakitnya lebih awal. Tapak tangan kini mampu bertindak sebagai scanner.

 

Penguasaan Kemahiran:
Tahap 5 - Scan Maklumat.

Manfaat dan Kegunaan apabila mampu menguasai kemahiran tahap 5:
Memudahkan diri mengesan maklumat dalam buku.
Di Jepun kemahiran ini telah lama dipraktikkan.

Lihatlah VIDEO INI. Di Negara Jepun, kemahiran ini telah lama dikuasainya, kita tertinggal jauh.

 

Penguasaan Kemahiran:
Tahap 6 - Scan objek dari jarak jauh.

Manfaat dan Kegunaan apabila mampu menguasai kemahiran tahap 6:
Memudahkan urusan seharian
- Melihat keadaan sesuatu tempat
- Mencari individu
- Mencari barang hilang

 

Penguasaan Kemahiran:
Tahap 7 - Genius Math

Manfaat dan Kegunaan apabila mampu menguasai kemahiran tahap 7:
Pelajar mampu menjadikan otak seumpama kalkulator.
Tahap 7